Cadangan Cara Penggunaan1. Pre wash
i. Basuh Cloth Diapers (CD) baru anda menggunakan sabun yang tiada pelembut, bahan kimia, peluntur dan tidak panas pada tangan (Cadangan saya Kuat Harimau).
ii. Jika anda menggunakan mesin basuh, gunakan Laundry Bag supaya CD anda lebih tahan lama.
iii. Kemudian jemur CD anda di bawah cahaya matahari atau, jemurkan di dalam rumah.
iv. Ulangi proses ini sebanyak 3 kali supaya insert anda memiiliki lebih kuasa penyerapan.
2. Bayi buang air kecil
i. Keluarkan insert dari CD, bilas CD dan insert sehingga tiada bau air kencing.
ii. Masukkan ke dalam Laundry Bag dan masukkan ke dalam mesin basuh.
3. Bayi buang air besari. Pancutkan air paip ke arah CD supaya najis tanggal. (Lakukan di mangkuk tandas)
ii. Keluarkan insert dari CD.
iii. Gosokkan CD dengan sabun sehingga hilang warna dan bau. (Tidak digalakkan menggunakan berus kerana dikhuatiri material microfleece rosak)
iv. Lakukan perkara yang sama kepada insert.
v. Kemudian, masukkan ke dalam mesin basuh.
vi. Biasanya, warna najis pada insert tidak hilang. Jangan risau, jemurkan di bawah cahaya matahari, dan lihat hasilnya nanti. Tiada kesan yang tinggal!
4. Arahan kepada pengasuh i. Jika bayi hanya membuang air kencing, simpan sahaja ke dalam beg plastik tanpa membasuhnya.
ii. Jika bayi membuang air besar, minta pengasuh bayi anda membuang najis ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancutan air. (Tidak perlu menggunakan sabun) Kemudian masukkan ke dalam bag plastik atau
wetbag.
iii. Sampai di rumah, anda perlu lakukan kaedah seperti arahan (3) di atas.
5. Sabuni. Jangan gunakan clorox dan pelembut kerana akan mengurangkan kuasa penyerapan insert.
ii. Gunakan sabun yang tidak panas pada tangan (Cadangan – Kuat Harimau).
6. Cara ubah saiz (Sila rujuk gambar di bawah)
i. Boleh ubah saiz kepada S, M atau L mengikut saiz bayi anda menggunakan 3 butang di bawah perut.
ii. Butang di pinggang diubah mengikut saiz pinggang bayi anda.
iii. Butang di peha, butangkan mengikut saiz peha bayi anda.